SELAMAT DATANG ke blog rasmi SK Pasir Gudang 2

Terima kasih kerana melayari blog SK Pasir Gudang 2. Selaras dengan pekembangan ICT masa kini, diharap blog ini mejadi medium utama penyebaran maklumat yang pantas. Blog ini masih lagi dalam proses peningkatan rekabentuk dan kandungan. Kami mengalu-alukan sokongan dan pandangan dari anda. Untuk maklumbalas sila emailkan komen anda kepada (admin) skpasirgudang2@gmail.com

Sejarah Sekolah



Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang 2 mula dibuka pada awal Bulan Januari 1982 dan telah dirasmikan pada 09 Mei 1999, oleh YB Dr Hj Latif Bin Hj Ahmad selaku Pengerusi Jawatankuasa, Kebudayaan Belia dan Sukan Negeri Johor.


Pada awalnya merupakan cawangan kepada SK Pasir Gudang 1 dimana satu-satunya sekolah rendah di Pasir Gudang ketika itu. Sekolah ini diasingkn dari induknya dan di kenali sebagai sekolah SKPG 2. Lokaliti sekolah ini di dalam 10/1, berhampiran dengan flat kakitangan Malaysia Marine and Heavy Engineering (MMHE) dan perumahan perjiranan 10.


Sewaktu dibuka sekolah ini hanya mempunyai sebuah bangunan 2 tingkat yang menempatkan bilik-bilik kelas, pejabat dan pusat sumber dengan kapasiti 180 orang murid, 9 Guru dan 3 kakitangan. Sekolah ini telah dipertingkatkan insfrastrukturnya dengan pembinaan tambahan dibawah projek gotong-royong pada tahun 1992 dengan 4 bilik kelas. Kemudian sekolah ini mendapat satu lagi tambahan bilik untuk digunakan sebagai bengkel kemahiran hidup manipulatif ketika itu.


Penghujung 1994 bangunan tambahan tiga tingkat telah dibina bagi menempatkan bilik-bilik kelas dan bengkel kemahiran hidup digunakan untuk sesi pembelajaran. Perubahan telah dibuat terhadap bilik-bilik selaras dengan pertambahan penduduk dan murid. Bangunan PGR telah diubahsuai untuk kelas pendidikan khas kanak-kanak bermasalah pembelajaran (KKBP).


Pada pertengahan tahun 2009, sekolah ini mendapat lagi bangunan tambahan. Bangunan tersebut setinggi 4 tingkat dan masih dalam pembinaan.


Misi dan Visi

Misi
SEKOLAH UNGGIL PENJANA GENERASI TERBILANG


Visi
MEMBANGUN POTENSI INDIVIDU MELALU PENDIDIKAN BERKUALITI


Motto
"SENTIASA KEKALKAN PRESTASI GEMILANG"



Matlamat Sekolah

Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang 2 akan melahirkan murid yang lulus 100% dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) disamping menjadikan sekolah berdasarkan SEKOLAH SELAMAT dan berjaya dalam kokurikulum sekurang-kurangnya tempat ketiga peringkat zon dan daerah pada tahun 2010.



OBJEKTIF SEKOLAH

Warga Pendidik Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang 2 dengan ini berusaha dan bertekad:
  • Meningkatkan peratus peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) ke arah 95 % untuk semua matapelajaran dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)
  • Meningkatkan peratus keseluruhan keputusan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) ke arah 95%
  • Meningkatkan 100% tahap disiplin murid dan suasana persekitaran sekolah ke arah SEKOLAH SELAMAT
  • Meningkatkan keupayaan murid dalam bidang kokurikulum untuk pencapaian sekurang-kurangnya tempat ketiga dalam pertandingan yang disertai dalam peringkat zon dan daerah
  • Meningkatkan tahap pengurusan yang lebih sempurna, cekap dan mesra pelanggan mengikut piagam sekolah


Lencana Sekolah



“PENGETAHUAN PENYULUH HIDUP” bermaksud usaha berterusan guru-guru untuk menyampaikan ilmu pengetahuan kepada semua murid sekolah ini. Pengetahuan dan dedikasi guru-guru mengasah dan mengasuh perkembangan efektif dan psikomotor secara berterusan akan memberikan panduan dan menyuluh jalan kehidupan murid-murid sekolah ini pada masa depan.

Takwim Sekolah